Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Curtis Johnson menandatangani dokumen MoU yang berlangusng di UMT baru-baru ini.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus melakar sejarah selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) sebagai langkah strategik lembaran baharu dalam kerjasama akademik dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen berterusan UMT dalam mengangkat kecemerlangan bidang sains marin, kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan ke peringkat global.

“Hari ini sejarah penting dalam kolaborasi, persahabatan dan aspirasi bersama antara dua institusi kita. UMT komited terhadap kecemerlangan dan kejayaan ini menjadi asas kukuh untuk meneroka lebih banyak peluang pengantarabangsaan,” katanya.

UMT kini berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam bidang biologi marin dan air tawar serta menduduki tangga ke-20 terbaik di Asia dan antara universiti pertama di Malaysia dalam bidang tersebut.

Kecemerlangan itu turut diperluas dalam pelbagai bidang lain termasuk Pertanian dan Perhutanan, Ekonomi, Sains Komputer, Kejuruteraan, Sains Fizikal, dan Sains Sosial.

“Kejayaan ini adalah bukti dedikasi warga akademik UMT dan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama global yang lebih mendalam,” tambah beliau.

Melalui MoU bersama MACEE, UMT berhasrat memperluas ruang kerjasama dalam pertukaran pelajar, penyelidikan bersama serta pembangunan akademik yang mampu memberi impak besar kepada komuniti global.

Hubungan antara UMT dan MACEE telah pun menunjukkan hasil positif apabila seorang pelajar dari Amerika Syarikat telah menyertai program Fulbright.

Seramai 11 pelajar UMT telah memohon untuk menyertai Program Pertukaran Global UGRAD anjuran MACEE, mencerminkan minat dan kesediaan pelajar UMT untuk meneroka peluang pembelajaran antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Macee, Curtis Johnson mengharapkan kerjasama yang terjalin itu bakal memberi impak terhadap akademik dan penyelidikan khususnya pemerkasaan ekonomi biru.

“Seperti mana UMT menuju ke pentas dunia, kami juga berharap dapat membawa dunia keUMT walaupun dalam cara yang kecil. Kami amat sedar bahawa UMT mempunyai foKus yang sama dalam bidang sains marin dan sumber akuatik.

“Matlamat kami untuk memperkukuh dan mengantarabangsakan kreativiti dalam bentuk kerjasama yang sangat selari dengan bidang fokus UMT iaitu ekonomi biru.

“Pemeteraian perjanjian hari ini bukan sahaja merasmikan hubungan antara Malaysia dan program Fulbright, malah membina di atas sejarah kukuh dalam memperluaskan peluang antara kedua-dua institusi kita,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here