Keadaan di lokasi nahas membabitkan kenderaan FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

TELUK INTAN – Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi tadi.

Nahas tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa lapan orang telah meninggal dunia, dan operasi menyelamat masih diteruskan.

“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih dijalankan,” katanya.

 

Berita lanjut menyusul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here