Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan menggali pasir secara haram selepas merampas pelbagai peralatan termasuk lori dan rumah penyedut pasir bernilai RM2 juta di kawasan sungai di Kampung Pahi, Kuala Krai, petang kelmarin. Ihsan Foto : Briged Tenggara PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan menggali pasir secara haram selepas merampas pelbagai peralatan termasuk lori dan rumah penyedut pasir bernilai RM2 juta di kawasan sungai di Kampung Pahi, Kuala Krai, petang kelmarin.

Operasi itu dijalankan oleh Batalion 8 PGA dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu pada jam 4.15 petang menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan menyedut pasir itu dilakukan oleh tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warganegara Bangladesh.

“Kesemua mereka ditahan kerana gagal menunjukkan permit atau dokumen pemindahan pasir yang sah.

“Kita telah menahan dan merampas semua peralatan dan mesin jentera seperti rumah penyedut pasir, jengkaut, lori dan peralatan lain yang digunakan untuk memindahkan pasir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keseluruhan nilai barangan yang dirampas adalah sebanyak RM2 juta dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965

Kesemua suspek bersama barang rampasan juga telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Nik Ros Azhan juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memberikan sebarang kompromi dan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pemindahan pasir haram daripada terus berleluasa di dalam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here