Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampan, Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya berharap agar anggota lain yang cedera dalam nahas terbabit akan diberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik oleh Kementerian Kesihatan.

“Sesungguhnya kami bersedih di atas pemergian mereka yang sedang dalam perjalanan pulang dari tugasan setelah memberi khidmat dan bakti untuk negara.

“Kami mendoakan agar mereka akan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu hari ini, MalaysiaGazette melaporkan lapan anggota FRU maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan pada pukul 8.30 pagi.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here