KUALA LUMPUR – Cubaan tiga lelaki tempatan untuk menyeludup lebih 45 tan kelapa berjaya digagalkan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara dalam satu operasi di Kampung Terbak, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketiga-tiga mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika sedang memindahkan kelapa dari sebuah treler ke dua buah lori.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam semasa rondaan Op Taring WAWASAN Kelantan sedang dijalankan.
“Dianggarkan sebanyak 45,100 kilogram kelapa telah dirampas bersama tiga buah kenderaan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM1.35 juta.