Dr. Zaliha Mustafa menerima Anugerah Kepimpinan Sektor Kerajaan (Individu) 3G sempena Majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global ke-10 (Anugerah 3G) 2025 yang berlangsung di Brunei hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menerima Anugerah Kepimpinan Sektor Kerajaan (Individu) 3G sempena Majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global ke-10 (Anugerah 3G) 2025 yang berlangsung di Brunei hari ini.

Anugerah itu diberikan berdasarkan penilaian profesional oleh Cambridge IFA sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan Dr Zaliha dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang berintegriti, inklusif dan berpaksikan rakyat di Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 19 penerima daripada 15 buah negara diraikan dalam majlis berprestij itu, yang  menghimpunkan tokoh-tokoh utama daripada sektor kerajaan dan korporat dari seluruh dunia termasuk Petronas Dagangan Berhad dan Kastam Dubai.

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam, Datuk Seri Paduka Awang Mohd Riza Mohd Yunos dan disaksikan Pengerusi Cambridge IFA, Profesor Dr. Humayon Dar.

Pengiktirafan antarabangsa itu turut mencerminkan komitmen Malaysia secara amnya dan Wilayah Persekutuan secara khususnya dalam memajukan reformasi pentadbiran sektor awam serta menyokong prinsip kelestarian bandar selaras dengan nilai-nilai Malaysia Madani.

Majlis penganugerahan itu merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Tadbir Urus Baik Global 2025 anjuran Cambridge IFA dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), bertemakan “Tadbir Urus Transformatif untuk Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemampanan Komuniti”.

Anugerah 3G dinilai berdasarkan kriteria impak, ketelusan, inovasi serta tanggungjawab sosial sekali gus mengiktiraf individu dan organisasi yang memperjuangkan tadbir urus progresif dan beretika.

Pengiktirafan itu turut menjadi pemangkin kepada usaha berterusan memperkukuh tata kelola berasaskan nilai, selaras dengan aspirasi Wilayah Persekutuan sebagai peneraju tadbir urus progresif dan berfokus rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here