Hairudin (duduk, dua dari kanan) pada sidang media FIM 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Fightnight Muaythai International (FMI) 2025 akan menjadi medan ‘pertarungan’ sebenar.

FMI 2025 yang dianjurkan buat julung kali pada 24 Mei ini di Stadium Titiwangsa menjanjikan barisan fighter terbaik dengan latar belakang kukuh dari kelab-kelab yang hebat di dalam dan luar negara.

“Ia kejohanan sebenar bukan sekadar mencari publisiti,” kata Pengerusi Kelab Muaythai Kala Merah (KMKM) Datuk Hairudin Yunos pada siding media baru-baru ini.

FMI 2025 yang dianjurkan buat julung kali pada 24 Mei ini di Stadium Titiwangsa menjanjikan barisan fighter terbaik dengan latar belakang kukuh dari kelab-kelab yang hebat di dalam dan luar negara.- Gambar FMI.

Ia juga bukan sekadar sukan tetapi sebuah pentas perpaduan, pembangunan industri sukan dan promosi pelancongan sukan selain turut dapat membuka ruang untuk bakat tempatan menyerlah ke peringkat lebih tinggi.

Selain KMKM, ia juga mendapat kerjasama Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan Persatuan Muaythai Kuala Lumpur (PMKL).

Gambar FMI

FMI 2025 bakal menghimpunkan penyertaan lebih 250 atlet Muay Thai amatur dan 18 atlet profesional antarabangsa dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Iran dan Yaman.

“Kejohanan ini dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk atlet, pegawai teknikal, NGO, penaja dan peminat sukan tempatan serta antarabangsa.

Pada masa sama, Hairudin berkata. pihaknya menjalin kerjasama erat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan FMI 2025 dianjurkan secara profesional, selamat dan memenuhi standard kejohanan berprestij antarabangsa.

Peminat dan orang ramai boleh mendapatkan tiket ke FMI 2025 secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here