Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak hari ini.

Tan Sri Razarudin Husain yang mewakili warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, beliau sedih dengan kemalangan yang menimpa mereka.

“Jasa mereka yang terkorban amat dihargai kerana kemalangan itu berlaku selepas mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

“PDRM akan memastikan kebajikan keluarga kesemua anggota yang terkorban ini diberikan perhatian sebaiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan di lokasi nahas membabitkan kenderaan FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

Terdahulu, media melaporkan seramai lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/stereng-lori-pasir-rosak-punca-rempuh-lori-fru/

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/8-anggota-fru-maut-dalam-nahas-libatkan-lori-muatan-batu/

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, nahas melibatkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata semua anggota FRU terbabit adalah dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh.

Katanya, beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here