Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan diumumkan pada hari Selasa depan, 20 Mei 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, seramai 4,507 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2024 di 132 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

KPM berkata, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul 6 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin); dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul 6 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin).

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan STAM Tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” kata KPM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here