KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran melahirkan rasa dukacita dan sedih terhadap insiden tragik yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Beliau menyifatkan pemergian mereka sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Difahamkan, sembilan lagi anggota FRU cedera dan kini dirawat di Hospital Teluk Intan.

Kata Vigneswaran, ketika ini, negara sedang berduka berikutan insiden kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam itu.

“Ia sememangnya satu hari yang begitu menyedihkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vigneswaran turut merakamkan ucapan takziah mewakili seluruh kepimpinan dan warga MIC serta masyarakat Malaysia kepada keluarga mangsa.

Beliau menegaskan negara ini terbina atas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa demi rakyat dan tanah air.

Difahamkan, ketika kejadian, lori FRU Unit 5 dinaiki semua 18 anggota dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Tiba di lokasi kejadian, lori FRU Unit 5 dirempuh daripada hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Stereng lori pasir rosak punca rempuh lori FRU

Mereka jerit ‘Allahuakbar’ – Saksi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here