BANGKOK – Musim hujan akan bermula secara rasmi Khamis, 15 Mei ini, kata Jabatan Meteorologi Thailand.
Ketua Pengarahnya, Sukanyanee Yawinchan berkata, musim hujan akan bermula bersandarkan kepada tiga perkara utama seperti hujan berterusan melebihi 60 peratus di wilayah utara, timur laut, dataran tengah dan timur.
Situasi ketiga pula melibatkan tiupan angin barat daya mesti berketinggian 1.5 kilometer dan angin timur setinggi 10 kilometer.
Sukanyanee berkata, taburan hujan dijangka lebih rendah kali ini berbanding tahun lepas namun masih lima peratus lebih tinggi berbanding purata setiap musim.
Namun begitu, terdapat beberapa kawasan dijangka tetap mengalami gangguan bekalan air untuk pengairan.
Hujan dijangka merosot di Utara, Timur Laut, dan bahagian atas Dataran Tengah bermula Jun hingga Julai sebelum meningkat semula bermula Ogos hingga Oktober.
Selain itu, Jabatan Meteorologi menjangkakan ribut tropika akan melanda di Utara dan Timur Laut namun diramalkan tiada banjir besar seperti pada 2011. -Agensi