Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Pemergian sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam satu kemalangan di Teluk Intan, Perak awal pagi tadi adalah satu kehilangan besar buat negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tragedi menyayat hati itu bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada keluarga dan rakan seperjuangan mangsa, malah turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

“Anggota FRU adalah wira negara yang sentiasa berada di barisan hadapan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan seperjuangan, tetapi juga kepada negara yang amat menghargai segala pengorbanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seluruh warga Kementerian Komunikasi turut berduka dan mendoakan agar roh semua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fahmi turut mendoakan kesembuhan segera buat semua anggota yang cedera dalam kejadian berkenaan, serta menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan berita tidak sahih berkaitan insiden tersebut.

“Kami bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan media dalam menyampaikan maklumat sahih serta menyekat penyebaran berita palsu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan menghormati proses siasatan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here