Keadaan motosikal mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan setelah terbabit kemalangan di Kilometer 84, Jalan Kuantan- Kuala Lumpur hari ini.

MARAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain yang dipandu oleh seorang pesara guru di Kilometer 84, Jalan Kuantan – Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, mangsa, Yuhairul Mohd Yusof, 47, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah dalam insiden pukul 8 pagi tadi.

Mangsa seorang kakitangan Majlis Daerah Maran dikatakan menuju ke tempat kerjanya pada awal pagi itu telah melanggar kereta pesara wanita berusia 60 tahun.

“Kemalangan  maut  melibatkan dua  buah kenderaan iaitu motosikal Jenis Yamaha Y16ZR sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Persagi, Chenor hendak ke tempat kerjanya di Maran.

“Apabila sampai di lokasi, dia telah terlanggar pada bahagian belakang sebelah kiri Grand Livina yang berada di hadapannya arah yang sama yang hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan ke Kampung Sentosa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dan kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here