Antara barang-barang yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Jalan Muar-Tangkak, Tangkak.

TANGKAK – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri motosikal dan curi dalam kereta di Jalan Muar-Tangkak di sini pada 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak menangkap lelaki warga tempatan berumur 31 tahun itu pada pukul 1.30 pagi.

“Sewaktu tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah motosikal curi di jalan berkenaan. Pihak kami turut merampas satu passport Malaysia milik lelaki tempatan, dua kad pengenalan dan lesen milik seorang lelaki serta wanita tempatan.

“Wang tunai RM794 serta mata wang dollar singapura berjumlah SGD134  turut dirampas selain peralatan mencuri seperti pemutar skru dan lampu suluh.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, polis dapat menyelesaikan tiga kes curi motosikal di Tangkak, Kluang dan Batu Pahat serta dua kes mencuri dalam kereta di Tangkak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak hari ini.

Menurut Roslan, modus operandi suspek adalah dengan memecahkan cermin kereta dan mengambil barang berharga dan aktiviti itu dipercayai telah dilakukan sejak setahun lalu.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang kegiatan menyalahi undang-undang di sekitar daerah ini dan dinasihatkan tidak meninggalkan kunci di motosikal.

Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline IPD Tangkak 06-978 5222 atau mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here