Pamela Ling dilaporkan hilang ketika hadir memberi keterangan di SPRM Putrajaya mengenai satu siasatan yang sedang dijalankan dan ketidakhadirannya disahkan oleh pihak SPRM.

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh pada 9 April lalu, termasuk kemungkinan dia melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya juga tidak menolak terdapat suspek lain yang terlibat dalam kes ini.

Menurut beliau, pergerakan Pamela telah disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak badan itu menjalankan siasatan berhubung penggubahan wang haram.

Tambahnya, polis juga akan merakam percakapan anak-anak individu berkenaan.

Manakala rakaman keterangan saksi-saksi sedang diatur oleh Polis Antarabangsa (Interpol), katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai 27 saksi sudah dirakam percakapan setakat ini, dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sebelum ini polis berkata, Interpol kini sedang dalam proses mengatur sesi rakaman keterangan dengan anak-anak Datin Seri Pamela dalam masa terdekat.

Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya menaiki perkhidmatan e-hailing dari Cheras.

Media juga melaporkan bahawa ada seorang saksi mendakwa kenderaan yang dinaiki wanita itu telah dihalang oleh tiga buah kereta sebelum dia dibawa pergi oleh beberapa individu yang memakai pakaian polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here