Pasukan bomba dan polis melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang mengorbankan 10 mangsa termasuk anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) dalam nahas elibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, pada Selasa. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

KUALA LUMPUR – Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mempunyai enam rekod lampau berkaitan narkotik.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, hari ini.

Terdahulu Bernama melaporkan, pemandu lori berkenaan yang berusia lingkungan 40-an telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin dilaporkan berkata, saringan awal mendapati pemandu terbabit negatif dadah.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

Dalam kejadian 8.51 pagi tadi, lapan anggota FRU meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Nahas dilaporkan berpunca akibat kegagalan stereng lori yang membawa muatan batu tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/stereng-lori-pasir-rosak-punca-rempuh-lori-fru/

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/mereka-jerit-allahuakbar-saksi/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here