Kesemua konten itu dibawa masuk melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).

BUTTERWORTH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah mengarahkan 38 kontena berisi sisa plastik tercemar dan bahan buangan elektrik serta elektronik (e-waste) yang ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) dihantar pulang ke negara asal.

Arahan itu dikeluarkan kepada pengimport dan ejen bertanggungjawab susulan pemeriksaan bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), SWCorp, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) di NBCT, semalam.

Pengarah JAS negeri, Norazizi Adinan berkata, sebabnya 39 kontena dibawa masuk ke NBCT dengan mengikrar dagangan mereka sebagai kepingan plastik dipercayai berisi e-waste serta skrap plastik.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 38 daripada 39 kontena itu membawa campuran sisa plastik tercemar mengandungi sampah.

Pegawai JAS melakukan pemeriksaan di lokasi serbuan.

“Susulan itu, tindakan notis arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pengimport dan ejen bagi arahan menghantar semula 38 buah kontena tersebut ke negara asal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama Norazizi berkata, secara keseluruhan JAS Pulau Pinang telah mengarahkan 65 kontena dihantar pulang ke negara asal untuk tahun ini.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, rekod menunjukkan hanya tiga kontena telah diperiksa, dan kesemuanya diarahkan dihantar pulang atas pelbagai kesalahan termasuk membawa masuk sisa elektrik dan elektronik serta plastik tercemar.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pihak adalah amat penting bagi memastikan pengimportan sisa plastik ke Malaysia adalah terkawal sekali gus agar Malaysia tidak menjadi negara digelar ‘tong sampah dunia’,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here