Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 38 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Cape Verde dan Vietnam.

Daripada jumlah tersebut, 25 pemain merupakan muka lama yang pernah beraksi menentang Nepal dalam Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac lalu.

Bakinya termasuk beberapa muka baharu seperti Gabriel Felipe Arrocha iaitu pemain pertahanan kelab Sepanyol, CD Tenerife B.

Latihan pusat kali ini akan menyaksikan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski membahagikannya kepada tiga fasa bermula 18 Mei ini.

Foto Facebook FAM.

Malaysia akan berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde, dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada 29 Mei ini.

Selain akan menentang lawan sama bagi perlawanan latihan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun depan.

Ia sebahagian persiapan Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam pada 10 Jun depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here