Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ibni Al-Sultan Abdullah menyempurnakan majlis perasmian Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan di MGCC, hari ini

KUANTAN – Sebanyak 64 hadiah lumayan dan menarik ditawarkan bagi ‘Hole-In-One’ dalam Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-66.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana kejohanan, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata, antaranya sebuah motosikal dan sebuah kereta disediakan di venue yang berbeza.

Menurutnya, kali ini seramai 128 pemain golf amatur berusia 17 hingga 75 tahun dari Pahang bakal beraksi pada kejohanan akan berlangsung di empat lokasi berasingan di negeri itu.

”Antara hadiah istimewa tiga buah kereta Perodua Myvi dan sebuah kenderaan elektrik BYD disediakan di venue terakhir.

”Kejohanan pembukaan dijadualkan berlangsung di Mahkota Golf and Country Club (MGCC) Kuantan pada 1 Jun, diikuti pusingan kedua di Villea Rompin Resort and Golf pada 29 Jun.

”Manakala pusingan ketiga di Kelab Golf Diraja Pekan pada 13 Julai dan kejohanan penutup akan diadakan di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan pada 3 Ogos,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan 2025 yang disempurnakan Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar di MGCC, di sini, hari ini.

Tambah Shafik kejohanan tersebut merupakan platform inklusif untuk menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Ia sekali gus selari dengan hasrat mewujudkan legasi kejohanan golf persahabatan diraja yang memperkukuh semangat sukan, institusi diraja, dan perpaduan rakyat.

“Antara kelainan kejohanan ini berbeza kerana ia tidak tertumpu kepada satu lokasi sahaja.

”Pemain akan mengumpul mata keseluruhan dari keempat-empat venue. Setiap venue ada hadiah tersendiri, namun hadiah utama keseluruhan akan diberikan berdasarkan jumlah mata terkumpul” tambahnya.

Shafik berkata, antara objektif kejohanan ini termasuk menggalakkan penglibatan pemain golf amatur di negeri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here