KUALA LUMPUR – Seramai 25 peserta berjaya menamatkan Program Suntingan Visual Berasaskan AI yang direka khusus untuk meningkatkan potensi kreatif serta literasi digital dalam kalangan komuniti India di negara ini.
Program yang dianjurkan oleh Inisiatif Kemahiran Masyarakat India Malaysia (MISI) itu mengukuhkan lagi komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa bakat komuniti India tempatan dengan kemahiran masa depan.

Program lima hari bermula 16 hingga 20 April di Masai, Johor, memberi tumpuan kepada tiga komponan utama iaitu teknik fotografi dan suntingan visual berasaskan AI; penyuntingan video berasaskan AI dan penjanaan pendapatan kreatif dan pembangunan perniagaan.
Kesemua peserta menerima sijil penyertaan sebagai dorongan untuk mereka terus mengasah kemahiran di samping meneroka peluang dalam industri kreatif digital yang kian berkembang pesat.

Tambahnya, komitmen Steven dalam memperjuangkan akses yang lebih saksama kepada ekonomi digital telah mendapat pengiktirafan meluas, menjadikan beliau tokoh penting dalam landskap pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Sejak dilancarkan pada November 2024, MISI telah berjaya menarik penyertaan lebih 8,000 individu dalam bidang berkemahiran tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI), pertanian pintar dan teknologi dron, selaras dengan keperluan industri terhadap tenaga kerja yang mahir.
Impak MISI bukan sahaja tertumpu kepada peluang pekerjaan, tetapi juga mempromosikan keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemajuan kerjaya demi memastikan kejayaan jangka panjang buat komuniti India tempatan. -MalaysiaGazette