Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali melawat pameran pada Seminar Akses Pasaran Runcit Dan Majlis Penghargaan Usahawan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Foto AIZAT ZAINAL, 15 MEI 2025.

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dijangka melancarkan Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035 pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini pelan tersebut sedang dinilai oleh Ketua Setiausaha (KSU) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) kementerian.

Katanya, langkah berkenaan diambil sebagai usaha berterusan bukan hanya membangunkan sektor peruncitan, sebaliknya membantu produk tempatan memasuki pasaran peruncitan.

“Pelan Induk Perdagangan Pengedaran ini juga penting kerana kita mahu supaya momentum perkembangan pertumbuhan positif sektor perdagangan pengedaran ini dapat kita teruskan.

“Alhamdulillah daripada tahun ke tahun, ada peningkatan pada tahun 2023 contohnya nilai perdagangan borong dan peruncit itu adalah pada kadar RM1.67 trilion dan meningkat 5.5 peratus pada tahun 2024 kepada angka RM1.76 trilon.

“Jadi, kita tidak boleh berada pada zon selesa untuk pastikan lonjakan yang lebih bermakna, lonjakan yang lebih tinggi lagi.

“Kita memerlukan kepada roadmap pelan hala tuju sebab, setiap langkah itu memerlukan kepada perancangan pelan untuk kita kekalkan momentum dan sekaligus, membantu pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Akses Pasaran Runcit Dan Majlis Penghargaan Usahawan, di sini, hari ini.

Sejajar dengan kefungsian untuk mewujudkan perdagangan dalam negara yang mampan dan progresif, KPDN komited merangka dan melaksanakan dasar serta program menjurus kearah pembinaan ekosistem perniagaan yang kondusif sekaligus membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Penglibatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan salah satu faktor penting yang perlu diperkasakan.

Dalam menggerakkan agenda berkenaan, salah satu inisiatif yang dilaksanakann oleh KPDN adalah Progam Latihan Pembangunan Perniagaan kepada usahan PMKS.

Ini kerana menerusi pemerksaaan itu produk PMKS lebih berdaya saing seterusnya berupaya membawa produk itu kepasaran peruncitan.

Melalui 10 modul Latihan program berkenaan menfokuskan kepada tiga komponen utama dalam pembanguan perniagaan iaitu pematuhan industri perundangan, penembusan produk (pembangunan produk dan strategi perniagaan serta promosi dan pemasaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here