Pihak polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN – Polis berjaya menahan lapan individu, termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah bersama seorang suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Lintang Bukit Jambul, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, penahanan kesemua suspek itu hasil risikan serta susulan daripada insiden berbalas tembakan terhadap seorang lelaki tempatan jam 4.05 pagi tadi.

“Daripada lapan suspek yang ditahan, empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad. Foto AIZAT ZAINAL, 5 JULY 2024.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis yakin berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 25 kes samun, pecah rumah dan pecah kedai dobi di sekitar Pulau Pinang membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM500,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis.

ARTIKEL BERKAITAN

Pekerja bengkel miliki 34 rekod lampau mati ditembak polis

Menurut Hamzah, suspek yang memandu kereta jenis BMW 330e itu bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika operasi cegah jenayah dijalankan.

“Ketika polis memperkenalkan diri, suspek keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan, menyebabkan pasukan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, kita menemui sepucuk pistol jenis FNP-45 bersama tiga butir peluru, batang besi, kayu rotan, parang serta 22.5 gram ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Turut ditemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah termasuk alat pemecah isyarat ‘jammer signal’, pakaian dan kelengkapan lain,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here