Sebuah rumah dan kedai musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Raja Musa, Kampung Baru, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 7.15 pagi.