Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, menunjukkan barang rampasan Dadah Jenis Ganja pada sidang media berkenaan Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pengedaran secara online di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan diculik pada 9 April lalu, telah ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan ke atas individu bergelar Datuk Seri itu dilakukan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun katanya, usaha polis untuk mereman lelaki berusia 50-an itu gagal apabila permohonan ditolak mahkamah.

“Dia ditangkap di kawasan ibu negara awal pagi tadi, namun lelaki itu belum dibebaskan dan siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada pagi 9 April lalu.

Pada 17 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan siasatan turut menjurus kepada kemungkinan suami mangsa antara individu yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Kita sedang menyiasat sama ada suami mangsa terbabit secara langsung atau sebaliknya. Siasatan ketika ini masih berjalan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan,” kata Razarudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here