Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang & Apresiasi KKDW Tahun 2024 di Dewan Seri Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 15 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menjalankan siasatan berhubung nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penguatkuasaan akan dikenakan ke atas pemilik lori muatan batu kerikil yang terbabit dalam nahas itu.

“Saya dapati ramai netizen termasuk pemimpin, NGO (badan bukan kerajaan) yang melihat siasatan dan tanggungjawab mesti diletakkan kepada tuan punya syarikat serta tuan punya kenderaan berkenaan.

“Undang-undang sedia ada mencukupi untuk menyiasat tuan punya kenderaan dan syarikat berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perkhidmatan Kecemerlangan dan Apresiasi 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyempurnakan Majlis Perkhidmatan Cemerlang & Apresiasi KKDW Tahun 2024 di Dewan Seri Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 15 MEI 2025.

Beliau berkata demikian ditanya sama ada kerajaan akan melakukan pindaan ke atas undang-undang berkaitan bagi membolehkan pemilik kenderaan yang menjadi punca kemalangan dikenakan tindakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya berkata, siasatan mengenai nahas itu kini dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Untuk tuan punya syarikat atau tuan punya lori itu, siasatan akan dilakukan melalui PUSPAKOM dan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita serah kepada pihak Kementerian Pengangkutan melalui JPJ dan Puspakom untuk melakukan siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here