PLUS
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Permohonan bagi Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi semua pengendali bas sempena sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibuka sehingga 4 Jun ini.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 7 dan 8 Jun ini.

“Permohonan itu boleh dibuat menerusi sistem i-SPKP dan telah dibuka semalam 4 Jun akan datang. Tempoh sah laku LPS bagi semua permohonan yang diluluskan adalah dari 5 hingga 10 Jun 2025 dan tiada surcaj 10 peratus dikenakan bagi LPS waktu puncak ini,” katanya.

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam darat sepanjang musim perayaan.

Selain itu ia memberi ruang kepada syarikat bas menyesuaikan jadual operasi mengikut keperluan semasa.

APAD turut menegaskan  usaha ini sejajar dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan, dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan selesa kepada rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here