Saturday, May 17, 2025
Home Dunia Bangunan roboh: Taikun pembinaan Thailand serah diri kepada polis

Bangunan roboh: Taikun pembinaan Thailand serah diri kepada polis

Menara 30 tingkat yang masih dalam pembinaan di Bangkok, Thailand roboh menyembah bumi akibat gempa bumi kuat di Myanmar, Mac lalu Foto AFP

BANGKOK – Taikun pembinaan Thailand, Premchai Karnasuta bersama 14 yang lain menyerah diri kepada polis hari ini susulan sebuah bangunan 30 tingkat yang masih dalam pembinaan, roboh sehingga mengorbankan 100 pekerja, Mac lalu.

Menurut Timbalan Komisioner Biro Polis Metropolitan, Noppasin Poonsawat, Presiden Italian Thai Development itu bersama 14 lagi suspek mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat yang bertanggung jawab mereka dan membina bangunan tersebut.

Tambahnya, kesemua suspek dituduh mengabai dan melanggar peraturan pembinaan.

Menara 30 tingkat milik Pejabat Audit Negara di Bangkok itu baru dibina sebahagian sebelum tumbang akibat gempa bumi sekuat 7.7 magnitud di Myanmar.

Setakat ini, pasukan penyelamat hanya mampu menemukan 92 mayat sepanjang operasi selama enam minggu di tapak pembinaan terbabit. Empat lagi masih hilang sehingga kini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here