MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri perumahan rakyat (PPR) Krubong, di sini, kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Lokman Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2.30 petang sebelum 17 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan rumah di tingkat enam PPR Krubong berkeluasan 20 X 40 kaki persegi.
“Kebakaran 50 peratus rumah mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat terperangkap,” katanya. – MalaysiaGazette
Berita lanjut menyusul