10 individu didakwa membabitkan pemalsuan sijil kelahiran tiba di diiringi pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 16 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda enam pesalah pertuduhan memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan mendapatkan sijil kelahiran.

Seramai enam majistret iaitu Amira Abd Aziz, Farah Nabiha Muhammad Dan, S. Mageswary, Illi Marisqa Khalizan, Aina Azahra Tun Ariffin dan Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim mengeluarkan denda antara RM400 hingga RM2,000 selepas kesemua tertuduh itu mengaku salah pertuduhan mereka.

Kesemua tertuduh yang merupakan warga emas mengaku salah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran bagi enam bayi di beberapa kaunter JPN di sekitar ibu negara sejak 2004 hingga 2022.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 dan penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala seorang lagi tertuduh,  S Rejandran, 64, pula mengaku tidak salah atas pertuduhan sama dan mahkamah membenarkannya diikat jamin RM1,200 dan menetapkan 19 Jun bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadiah Zainal Abidin, Amira Abd Aziz, Md Shahedan Md Taib, Mohd Ramzi Adnan, Nor Zarina Zakaria, Zulkarnain Ahmad dan Mohd Khairul Afizi Yusof. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here