KUANTAN – Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan akaun TikTok dengan nama pengguna ‘tunkujrpxfx4’ yang menyamar sebagai Tengku Ampuan Pahang.

Lebih membimbangkan, akaun tersebut turut membuat beberapa hantaran berunsur jelek dan tidak wajar.

“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun media sosial yang aktif di Instagram dan ia adalah bersifat peribadi.

“Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula hanya mempunyai satu akaun di Instagram dengan nama ‘this.7’,” katanya.

Istana Pahang menjelaskan, segala aktiviti atau sebarang titah rasmi hanya disiarkan menerusi platform media sosial Kesultanan Pahang.

Setakat ini, hanya satu akaun rasmi Kesultanan Pahang di Facebook dan memiliki kira-kira 722,000 pengikut.

“Platform rasmi Kesultanan Pahang di media sosial lain seperti Instagram, TikTok, YouTube dan aplikasi X juga hanya menggunakan nama ‘Kesultanan Pahang’ manakala portal rasmi Istana Pahang adalah istanapahang.my,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here