Kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) dalam nahas melibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Semua pihak wajar memberi sokongan kepada langkah penguatkuasaan supaya semua kenderaan berat perlu diselenggara dengan baik.

Peguam Kanan, Muhammad Hasif Hasan berkata, ia antara langkah dalam memastikan bilangan kenderaan berat terbabit kemalangan seperti dalam kejadian melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini dapat dikurangkan.

Peguam Kanan, Muhammad Hasif Hasan.

Beliau turut merujuk tindakan protes oleh syarikat pengendali kenderaan berat pada 2023 yang turut mendapat sokongan daripada orang ramai ketika penguat kuasa dan kerajaan cuba melaksanakan peraturan ketat ke atas operasi kenderaan berat.

Jelasnya, tindakan protes itu kononnya apabila kenderaan tidak beroperasi, harga barang akan meningkat dan rakyat akan turut menerima kesan.

“Sukar membudayakan dan mendisiplin pengendali kenderaan berat yang sebahagiannya berkiblatkan keuntungan daripada keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kadang kandang saya terfikir, siapa yang lebih berkuasa. Syarikat lori, penguat kuasa atau kerajaan yang memerintah?” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.

Bagaimanapun, tambah Hasif, situasi berbeza dapat dilihat dengan pengendali kenderaan berat yang membawa hasil petroleum.

Ujarnya, jelas kelihatan pemandu kenderaan berat yang membawa muatan petroleum itu lebih berdisiplin dan kenderaan daripada syariakat berkenaan juga diselengara dengan baik.

“Jarang kita dengar lori membawa petrol dan diesel kemalangan di jalan raya.

“Jarang didengar kejadian brek rosak, lebih muatan, steering rosak, tayar dan roda tercabut dan banyak lagi masalah kepada lori di atas jalan raya,” katanya.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, kerajaan perlu memberi perhatian yang serius terhadap kejadian kemalangan jalan raya, terutamanya kejadian yang melibatkan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya.

Baginda mahu, sekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

Titah Sultan Sharafuddin itu susulan kejadian kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota FRU selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan lori yang membawa muatan pasir dalam kejadian di di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here