Tunku Mahkota Ismail memberi tabik hormat selepas melakukan pemeriksaan barisan sebelum persidangan DUN ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri  hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Tunku Mahkota Ismail bertitah, kejayaan kerajaan Johor menarik pelaburan RM27 bilion bagi suku pertama tahun ini akan menjadikan negeri ini kuasa baharu ekonomi yang besar dalam negara.

Baginda melahirkan rasa bangga dengan pencapaian itu bertitah, kejayaan itu didorong dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama termasuklah Zon Ekonomi Khas Joho (JS-SEZ) yang diperkenalkan.

“Saya ingin menzahirkan rasa gembira melihat pencapaian-pencapaian ini dan rasa bangga apabila Johor kini dikatakan sebuah negeri yang muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi Malaysia.

“Saya percaya dengan tren pertumbuhan ekonomi negeri Johor ketika ini, rakyat Johor akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Baginda bertitah, Johor merekodkan hasil negeri dengan nilai positif pada tahun lalu dengan kutipan hasil berjumlah RM2.1 bilion.

Titah baginda, prestasi itu diteruskan pada suku pertama tahun ini apabila Johor berjaya mencatatkan pertumbuhan hasil negeri sebanyak RM598 juta iaitu 29.84 peratus lebih tinggi berbanding anggaran yang ditetapkan.

“Pada April 2025 pula menerusi sokongan dan kerjasama  yang padu antara kerajaan negeri dengan semua pihak, terdapat projek-projek baharu bernilai RM23 bilion yang sedang dalam perancangan,” titahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here