Hamzah.

GEORGE TOWN – Lelaki tempatan yang mati berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul, di sini, semalam merupakan ketua geng samun, pecah rumah dan dobi layan diri di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya kini sedang memperkemaskan siasatan dengan merakamkan keterangan lapan ahli geng yang diberkas semalam susulan kes tembak tersebut.

“Kes tembak semalam kira selesai dan suspek yang mati itu merupakan master mind bagi geng samun membabitkan beberapa kes di negeri ini.

“Ketika ini, kita sedang rakam keterangan kesemua suspek yang ditahan semalam untuk melengkapkan siasatan.

“Selain itu, kita juga sedang mengesan saki baki ahli geng sama yang dipercayai masih bebas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Pekerja bengkel miliki 34 rekod lampau mati ditembak polis

Polis tahan 8 ahli geng susulan tembak mati seorang suspek

Media semalam melaporkan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kes samun dan pecah kedai dobi layan diri membabitkan kerugian RM500,000 di sekitar negeri mati berbalas tembakan dengan pihak polis dalam kejadian di Lintang Bukit Jambul, di sini.

Susulan itu, pihak polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah bersama suspek yang maut berbalas tembakan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here