Mangsa, Wan Izani Wan Mohd. Samsudin, 29, ditemukan penduduk kampung pada jarak kira-kira 12 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas.

KUANTAN – Mayat seorang pekerja restoran yang dilaporkan hilang Rabu lalu selepas dipercayai lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing, di sini, ditemukan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Wan Izani Wan Mohd. Samsudin, 29, ditemukan penduduk kampung pada jarak kira-kira 12 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP), Abdul Rahim Baharom ketika ditemui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari ketiga hari ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi melibatkan seramai 10 anggota.

Menurutnya, operasi turut disertai pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Amal serta penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Timbalan Penguasa Bomba II (KUP), Abdul Rahim Baharom

“Pencarian hari ini dijalankan dengan radius diperluas sehingga empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Namun, keadaan arus yang deras serta cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran utama sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan orang kampung pada jarak lebih 12 kilometer dan diserahkan kepada pihal berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok.

Mangsa yang berasal dari Kelantan dan bekerja di sebuah restoran di Balok dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di kawasan perkelahan berkenaan kira-kira pukul 5.54 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here