Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Foto: BAM

BANGKOK – Hanya 34 minit diperlukan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir, selepas mengetepikan wakil China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge pada Terbuka Thailand hari ini.

Pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr di sini, pasangan di ranking keempat dunia itu menewaskan Chen-Wang 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun di separuh akhir, esok.

Terdahulu, pasangan Jepun itu menewaskan Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose dari Indonesia 21-9, 21-16.

Sementara itu, Thinaah berkata, semalam, satu perbincangan secara mendalam telah diadakan bersama jurulatih mengenai persiapan menghadapi perlawanan hari ini.

“Kami gembira kerana rancangan kami berjalan lancar…dan ya, keyakinan sentiasa ada bahawa kami boleh melangkah jauh untuk memenangi kejohanan ini,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan hari ini.

Untuk aksi separuh akhir esok, Pearly berkata, mereka lebih memberikan tumpuan untuk memperbaiki corak permainan berbanding membuat persiapan khusus menghadapi lawan mereka.

“Kami mahu mengekalkan momentum positif ini dan berbincang dengan jurulatih untuk bersiap sedia bagi perlawanan seterusnya,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here