GAZA – Menurut Presiden Donald Trump, ramai yang sedang kebulur di kawasan bergolak di Semenanjung Gaza, di mana para penyelamat melaporkan lebih 70 orang terbunuh akibat serangan udara Israel sejak tengah malam semalam.
Presiden Amerika Syarikat itu membuat kenyataan ringkas berkenaan semasa melakukan lawatan ke luar negara pertama pada penggal kedua pentadbirannya.
Dalam pusingan lawatan kali ini, Trump melawat beberapa negara Teluk namun tidak singgah di negara sekutu utamanya, Israel.
Gencatan senjata antara Israel dan Hamas tamat pada Mac sebaik sahaja Israel melaksanakan sekatan penuh terhadap Gaza.
“Kami sedang melihat Gaza dan kami sedang berusaha untuk mengatasinya. Ramai orang sedang kebulur,” kata Trump kepada wartawan-wartawan di Abu Dhabi.