Nie Ching selepas perasmian Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor 2025 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri yang dijadual merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Johor di pusat beli-belah Toppen, di sini, bermula Jumaat ini dijangka dihadiri 25,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, program selama tiga hari itu akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Jelas beliau, PMR bukan sahaja menjadi ruang memperkenalkan dasar serta inisiatif Kerajaan Madani, bahkan berperanan menyebarkan mesej kenegaraan berteraskan nilai Malaysia Madani kepada komuniti setempat.

“PMR ini membuka ruang kepada rakyat untuk berinteraksi terus dengan pelbagai agensi kerajaan, mendapatkan khidmat nasihat, mendaftar bantuan, menyuarakan maklum balas, dan juga menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun.

“Antara aktiviti menarik yang dianjurkan ialah Semarak Subuh, senamrobik @Bakti Komuniti MADANI, Taklimat Internet Selamat, pertandingan mewarna Internet Selamat, pertandingan E-sport, busking rakyat, Kenduri Rakyat MADANI, dan program Bicara Ilmu.

“Turut diadakan Jualan RAHMAH yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kita Madani X Program MADANI Rakyat (PMR) @ Dewan Serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, di sini, hari ini.

Sekretariat PMR 2025 dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan program dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan kerajaan Johor bertemakan ‘Belia MADANI, Yakin Boleh’ berlangsung serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri itu.

Orang ramai dijemput memeriahkan acara dan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya ‘touchpoint’ rakyat, inisiatif kesejahteraan, jualan MADANI, kaunter saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatan kesihatan, tawaran pekerjaan dan program pertukaran topi keledar.

Program bermula 10 pagi hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu serta dari 10 pagi hingga 6 petang Ahad turut melibatkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here