Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail melawat reruai Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Tengah di Dewan Merdeka Seri Manjung. Foto, HAFIZI SAID.

MANJUNG – Sebanyak 58,000 pemohon memilih politeknik dan kolej komuniti sebagai pilihan pertama bagi kemasukan sesi 2025/2026 melalui UPUOnline.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 47,000 permohonan melibatkan kemasukan ke politeknik manakala 11,000 lagi ke kolej komuniti.

“Ini adalah satu angka luar biasa berbanding tahun lepas dan pada pandangan saya promosi yang dibuat bahagian ambilan pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sangat berjaya.

“Kita juga akan sesuaikan permohonan yang diterima dengan universiti lain untuk menempatkan pelajar-pelajar ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Jom Masuk U 2025 Zon Tengah di Dewan Merdeka Seri Manjung, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal dan Orang Besar Jajahan Manjung Leftenan Kolonel (B) Datuk Shaharudin Nazari.

Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Tengah di Manjung yang bermula 17 hingga 18 Mei merupakan lokasi ke-10 dan terakhir dalam siri penganjurannya tahun ini.

Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) melalui saluran UPUOnline Fasa 2 kepada jam 8 pagi pada 19 Mei.

Perkara berkenaan diumumkan KPT melalui media sosial kementerian melibatkan kemasukan IPTA, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) untuk sesi akedemik 2025/2026.

Permohonan UPUOnline Fasa 2 ditutup esok, 18 Mei pada jam 5 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here