Seekor beruang jantan di hadapan sebuah rumah di Taman Tanah Putih, Pekan, Pahang.

KUANTAN – Seekor beruang matahari berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas menceroboh masuk sebuah kediaman di Taman Tanah Putih, Pekan hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan Kapt (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, haiwan itu telah memecahkan beberapa barangan di rumah berkenaan, dipercayai dalam usaha mencari makanan kira-kira 4.30 pagi tadi.

“Beruang itu kemudiannya telah memanjat keluar dan disyaki merupakan haiwan peliharaan yang terlepas daripada jagaan pemilik di kawasan taman berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Azmi berkata, sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut ke lokasi kejadian, selain lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan yang dikerahkan sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.36 pagi.

Beliau berkata kakitangan Perhilitan telah melepaskan tembakan ubat pelali dan beruang itu kemudian dibawa ke Perhilitan Kuantan untuk tindakan selanjutnya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here