Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki keluar dan masuk semula ke dalam kenderaan bergerak melalui tingkap. – Foto tular

KUALA LUMPUT – Dua lelaki warga asing yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat bumbung sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), kelmarin, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan penumpang kenderaan terbabit, manakala pemandu tidak terlibat dalam aksi tersebut.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemandu berkenaan pulang ke Tajikistan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati lelaki pertama yang memanjat bumbung telah masuk semula ke dalam kenderaan melalui tingkap bahagian belakang, sebelum seorang lagi individu turut melakukan aksi sama dari tempat duduk belakang.

Norhizam menegaskan, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan serius kerana membahayakan nyawa sendiri serta keselamatan pengguna jalan raya lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 32(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here