Gambar hiasan

KEPALA BATAS – Seorang jurutera kilang kerugian RM300,000 akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan dalam talian membabitkan aplikasi NBMAX.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berusia 55 tahun itu terjerat dengan penipuan terbabit selepas melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui Facebook pada April lalu.

“Tertarik dengan iklan tersebut, mangsa berhubung dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dijanjikan pulangan keutungan tinggil dalam tempoh singkat.

“Berminat dengan tawaran tersebut, mangsa diminta memuat turun aplikasi NBMAX untuk mendaftar sebagai ahli bagi menyertai pelaburan tersebut.

“Mangsa kemudian memasukan wang berjumlah RM300,000 menerusi tujuh transaksi ke atas akaun penama NB Management Sdn. Bhd,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Hamzah, mangsa hanya sedar dirinya ditipu selepas pihak bank memaklumkannya ketika dia ingin membuat penambahan modal pelaburan.

“Mangsa melakukan penambahan modal berjumlah RM52,800 melalui kaunter bank dan pihak bank tidak membenarkannya serta memaklumkan dia telah menjadi mangsa penipuan.

“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis di daerah Seberang Perai Utara semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here