Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh unitnya di perumahan awam di Presint 9 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan kejadian yang menimpa mangsa berusia dua tahun lapan bulan itu pada 2.24 petang.

“Doktor di wad kecemasan Hospital Putrajaya memaklumkan mangsa dibawa oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jenazah mangsa akan dibedah siasat pukul 8 pagi esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here