SANAA – Kapal pengangkut pesawat, USS Harry S. Truman, akan meninggalkan Timur Tengah dan Amerika Syarikat (AS) tidak merancang untuk menggantikannya.
Sebelum ini, kapal pengangkut pesawat itu menyokong operasi AS ke atas kumpulan Houthi.
Menurut seorang pegawai, kedua-dua AS dan kumpulan Houthi kekal komited melaksanakan gencatan senjata walaupun kumpulan tersebut menyasarkan Israel.
Beliau berkata, bagaimanapun Israel tidak memaklumkan kepada AS mengenai serangan yang dilakukan oleh negara penceroboh itu yang menyasarkan kumpulan Houthi.
Semalam, tentera Israel mengumumkan pesawat pejuangnya mengebom infrastruktur kumpulan Houthi di Pelabuhan Hodeidah dan pelabuhan Salif, barat Yemen.
Pada minggu lalu, Kementerian Luar Oman mengesahkan perjanjian gencatan senjata telah dicapai antara AS dan kumpulan Houthi.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, kedua-dua pihak tidak akan menyasarkan satu sama lain yang antaranya melibatkan kapal AS dalam memastikan keselamatan pelayaran.
Menurut The Times, kempen serangan di Laut Merah oleh Washingtonyang direka untuk bertahan antara lapan hingga 10 bulan dihentikan dengan gencatan senjata walaupun kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas israel.
Kempen serangan White House itu dipendekkan berikutan ia telah melangkau inventori peluru berpandu.
Semasa operasi, kumpulan Houthi yang menyerang USS Harry Trauman memaksa kapal pengangkut itu mengubah haluan secara tiba-tiba menyebabkan AS kehilangan sebuah pesawat pejuang F/A=18 yang jatuh ke dalam Laut Merah. – Agensi