Pengujung kelihatan pada Pameran Sejarah Mekah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muzium Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa esok, 18 Mei 2025, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengumumkan kemasukan percuma di semua 19 buah muzium di bawah pentadbirannya.

Muzium terlibat adalah Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Muzium Tekstil Negara, Muzium Muzik di Kuala Lumpur, Muzium Automobil Nasional di Sepang, Muzium Lukut dan Muzium Adat di Negeri Sembilan.

Muzium Perak dan Muzium Matang di Perak, Muzium Sungai Lembing di Pahang, Muzium Kota Kayang di Perlis, Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Kota Johor Lama, Johor, Muzium Seni Bina Malaysia di Melaka, Muzium Labuan, Muzium Marin Labuan dan Muzium Chimney di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, muzium tidak hanya menjadi sebuah entiti yang menyimpan artifak tetapi juga merupakan pusat komuniti yang dinamik, interaktif, inklusif dan berevolusi.

Dengan tema ‘Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas’, sambutan Hari Muzium ini bertujuan mengukuhkan hubungan komuniti melalui usaha pemeliharaan warisan serta pendidikan sejarah yang berterusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here