Rosmadi Ismail

KOTA BHARU – Mana-mana pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji pemain akan disekat daripada menyertai saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia (Liga-M).

“Peratusan pasukan di MPFL yang terlibat dengan isu tunggakan gaji bagaimanapun tidaklah besar dan FAM akan terus mendapatkan maklumat berkaitan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Futsal Kelantan (Kelantan FT), di sini hari ini.

Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Malaysia berkata FAM akan memberi penekanan terhadap isu ini dengan difahamkan sudah terdapat pasukan yang sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

“Kelab perlu berbelanja mengikut kemampuan dan harus mengutamakan pemain yang bersesuaian dengan keupayaan kewangan masing-masing ,” katanya. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here