Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terbabit dengan iklan melalui media sosial yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang telah ditipu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Hasbullah Ali berkata, pihaknya mengesan hantaran iklan itu menerusi Facebook yang memaparkan logo PDRM serta menggunakan perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

“Pihak JSJK PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu serta satu cubaan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan tawaran yang diberikan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here