Seorang gadis maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Batu 16, Sungai Tiram, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang masuk laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori di Batu 16, Sungai Tiram, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 6.20 pagi.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX ditunggang mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dengan lori Hino dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa lori berkenaan bergerak lurus di laluannya dari arah Ulu Tiram menghala ke Pekan Tiram.

“Tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan menyebabkan pemandu lori tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa katanya, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati negatif daripada pengaruh dadah.

Tambah Mohd Sohaimi, siasatan dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here