Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MEI 2025.

IPOH – Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukan dengan lori muatan batu di Teluk Intan minggu lepas, masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Hilir Perak, ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.

“Dua anggota di ICU HTI dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan pernafasan sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan sejak pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bakri berkata, seorang lagi anggota yang menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, berada dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan oksigen.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here