Sekolah Undang-Undang Harvard

WASHINGTON –  Universiti Harvard yang kini dalam pertikaian dengan pentadbiran Presiden Donald Trump meminta alumninya memberi sokongan daripada aspek perhatian, suara dan dana.

White House telah membekukan lebih AS$2.6 bilion dalam pembiayaan Harvard selepas tidak berpuas hati pengendalian isu antisemitisme di kampus.

Dalam mesej kepada “alumni dan rakan-rakan” pada 19 Mei, Presiden Harvard, Profesor Garber meminta penyokong pusat pengajian itu untuk menderma kepada “Presidential Priorities Fund” untuk menutup jurang perbelanjaan dan melindungi fungsi pengajaran serta penyelidikan teras universiti itu.

“Saya berterima kasih kepada semua orang yang berdiri bersama Harvard ketika kami meneruskan misi memacu kemajuan, dan berkhidmat untuk kepentingan awam.

“Sekarang adalah masa untuk bersuara dan memberikan sokongan anda kepada institusi yang telah banyak menyumbang kepada negara dan dunia,” kata Prof Garber dalam mesej itu.

Harvard mempunyai endowmen AS$53 bilion, tetapi sebahagian besar daripada wang itu diperuntukkan untuk tujuan tertentu seperti bantuan kewangan.

Prof Garber juga meminta alumni untuk menderma kepada sekolah tempat mereka menamatkan pengajian.

Harvard telah menyaman pentadbiran Trump atas “permintaan tidak berperlembagaan” yang mengancam kemerdekaan universiti itu.

Pembekuan dana dari pentadbiran Trump menyebabkan pelbagai projek ‘terperangkap’  termasuk penyelidikan tentang batuk kering, pengesanan awal penyakit Lou Gehrig, atau ALS, dan kaedah untuk mengurangkan kesan sampingan radiasi.

Harvard telah merombak laman web utamanya untuk menyerlahkan penyelidikan yang berisiko kerana kebuntuan.

Minggu lalu, Harvard berkata,  ia akan menyediakan tambahan AS$250 juta wang universiti untuk membantu membayar penyelidikan pada tahun akan datang, di samping kira-kira AS$500 juta yang dibelanjakan untuk penyelidikan setiap tahun. Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here