Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyampaikan sijil anugerah kepada penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 Kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi (UURI) di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 20 MEI 2025

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan agar umur persaraan bagi penjawat awam dilanjutkan kepada 65 tahun.

Beliau berkata, walaupun mencapai umur 60 tahun namun ramai penjawat awam mempunyai kemampuan daripada segi mental dan fizikal untuk meneruskan perkhidmatan.

“Mungkin kerajaan patut mengkaji semula had umur 65 sebagai usia persaraan, itu hanya pandangan peribadi saya.

“Saya pergi Beijing, ramai orang sangat muda dan bila saya periksa dengan pendaftaran, saya fikir peratusan 60 tahun ke atas semakin ramai.

“Ada beberapa pegawai yang kita temui masih muda dan aktif pada usia 60 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Anugerah Percapaian Cemerlang (APC) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi (BHEUU) di HotelMarriot hari ini.

Azalina juga berkata, beberapa negara khususnya dalam kalangan ASEAN sudah beralih daripada 60 kepada 65 tahun usia persaraan.

“Saya jumpa menteri-menteri ASEAN, hakim mereka bersara 65 tahun. Mereka masih fikir usia 60 tahun masih muda,” katanya.

Ditanya tentang cadangan usia persaraan 62 tahun, beliau tidak ada dimaklumkan mengenainya.

“Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani ada cadangkan 62 tahun, saya tengok ramai 60 tahun masih muda dan ini satu pembaziran (sumber manusia),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here